ANAK RAMAI, JIMAT CUKAI?

Gaji sama, jumlah cukai lain-lain.

Salah satu sebabnya ialah pada bilangan anak dan umur anak masing-masing. Anak diberikan potongan cukai mengikut bilangan dan umur anak-anak tersebut. Potongan ini juga dikenali sebagai pelepasan cukai.

Untuk pelepasan cukai tahun 2022, potongan cukai untuk anak-anak adalah seperti berikut:

Jumlah potongan : RM2,000

  1. Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun 
  2. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah).

Jumlah potongan : RM8,000

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
  2. berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  3. kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

Jumlah potongan: RM6,000 + RM8,000

  1. Anak Kurang upaya – RM6,000
  2. Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
Mari saya bagi contoh:

Haikal mempunyai pendapatan gaji sebanyak RM100,000 setahun.
Haikal mempunyai 4 orang anak. Kesemuanya berumur di bawah 18 tahun.
Andaikan Haikal tidak mempunyai pelepasan cukai yang lain. (semak di sini untuk senarai dan kiraan pelepasan cukai penuh)

Jumlah potongan cukai untuk Haikal ialah RM8,000.
Pendapatan bercukai Haikal ialah RM100,000 – RM8,000 = RM72,000
Haikal dikenakan cukai atas jumlah pendapatannya RM72,000. 

Asfarina mempunyai pendapatan gaji sebanyak RM84,000 setahun.
Asfarina mempunyai seorang anak berumur 5 tahun.
Andaikan Asfarina  tidak mempunyai pelepasan cukai yang lain. (semak di sini untuk senarai dan kiraan pelepasan cukai penuh)

Jumlah potongan cukai untuk Asfarina ialah RM2,000.
Pendapatan bercukai Asfarina ialah RM84,000 – RM2,000 = RM82,000
Asfarina dikenakan cukai atas jumlah pendapatannya RM82,000

Dalam contoh ini, walaupun Haikal bergaji lebih besar tetapi dia akan membayar cukai lebih rendah daripada Asfarina.

Dapat tak? Jika anda ingin mengira jumlah pelepasan cukai anda untuk tahun 2022, anda boleh klik di sini. 
Bagaimana? Nak tambah anak tak? 🙂

p/s: ada anak mata dan tekak, tidak dapat pelepasan cukai ya. 🙂

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram