ELAUN JADUAL 3, Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) diberikan kepada perbelanjaan yang layak (bersifat modal) yang digunakan dalam perniagaan berkenaan sahaja.
Jadual 3 memperuntukkan potongan berupa elaun atas perbelanjaan modal. Elaun modal akan ditolak daripada Pendapatan Larasan Perniagaan.
Jadual 3 memperuntukkan kenaan/elaun imbangan apabola berlaku pelupusan aset perniagaan. Kenaan imbangan akan menambahkah Pendapatan Larasan Perniagaan.
Di sini kami menerangkan tentang perkara asas mengenai elaun modal yang perlu diketahui oleh usahawan. Bagi penerangan yang lebih mendalam dan mengikut keadaan atau kes spesifik perniagaan, anda boleh merujuk kepada ejen atau perunding cukai.
Kandungan: Elaun Modal -Jadual 3 ACP
Elaun Modal
Elaun modal dibenarkan kepada orang yang melakukan perbelanjaan yang layak atas aset yang digunakan untuk tujuan perniagaannya. Tuntuan elaun modal perlu dibuat secara bertulis dalam pengiraan cukai.
Perbelanjaan yang layak
Perbelanjaan yang layak merujuk kepada perbelanjaan modal yang dilakukan oleh perniagaan dalam pembelian, pengubahsuaian atau penambahbaikan aset yang layak yang digunakan dalam perniagaan. Aset-aset ini mesti digunakan untuk tujuan menjana pendapatan atau keuntungan.
Untuk membolehkan perbelanjaan layak mendapat potongan cukai, ia mesti memenuhi syarat dan had tertentu yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967. Keadaan ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada jenis aset dan sifat perniagaan. Sebagai contoh, aset itu mesti digunakan semata-mata untuk tujuan perniagaan, dan ia mesti digunakan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran di mana potongan cukai dituntut.
Adalah penting bagi perniagaan untuk menyimpan rekod perbelanjaan kelayakan mereka yang betul, seperti invois, resit, dan dokumentasi lain, untuk menyokong tuntutan mereka untuk potongan cukai. Perniagaan juga harus berunding dengan profesional cukai atau akauntan untuk memastikan perbelanjaan mereka layak mendapat potongan cukai dan menentukan kadar potongan tertentu yang boleh mereka tuntut di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Elaun Permulaan
Elaun permulaan adalah potongan cukai sekali sahaja yang boleh dituntut ke atas kos aset yang layak yang digunakan dalam perniagaan pada tahun pertama pemerolehan. Kadar elaun ialah 1/5 (20%) daripada perbelanjaan yang layak.
Elaun Tahunan
Elaun tahunan adalah potongan cukai berulang yang boleh dituntut setiap tahun ke atas baki nilai aset yang layak. Kadar elaun tahunan juga bergantung kepada jenis aset dan mengikut Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Loji yang layak). Elaun Tahunan tidak boleh melebihi amaun belanja baki aset berkenaan pada akhir tempoh asas tahun taksiran.
Syarat layak tuntut Elaun
menjalankan perniagaan dalam tempoh asas,
melakukan perbalanjaan layak dalam tempoh asas,
aset digunakan bagi tujuan perniagaan, dan
memiliki aset pada akhir tempoh asas (atau jika aset itu telah dilupuskan, pada masa pelupusan)
Elaun imbangan dan kenaan imbangan
Apabila berlaku pelupusan aset, Elaun Imbangan atau kenaan imbangan akan dikira.
Kenaan imbangan terhasil, jika nilai pelupusan aset melebihi perbelanjaan baki.
Elaun Imbangan terhasil, jika perbelanjaan baki melebihi nilai pelupusan aset.
Elaun Nosional
Elaun nosional ialah elaun tahunan tetapi ia tidak dibenarkan disebabkan tidak dituntut atau aset tidak digunakan dalam pernigaan dalam tahun taksiran tersebut.
Perbelanjaan Baki
Perbelanjaan baki ialah baki Perbelanjaan yang layak setelah ditolak Elaun-elaun.
Elaun Modal Hantar Hadapan
Dalam keadaan elaun modal tidak boleh diserap bagi satu-satu tahun taksiran, baki elaun itu akan dihantar hadapan ke tahun taksiran berikutnya sehingga jumlah elaun habis diserap.
JIka sebelum habis diserap, perniagaan berhenti, maka baki tersebut akan terhapus.
Klasifikasi Aset & Kadar Elaun
Kadar Elaun Modal boleh berubah mengikut ketetapan umum terkini oleh pihak berkuasa.
Pemilikan Aset dan Kelayakan Menuntut
Pemilik sah di sisi undang-undang.
Orang yang namanya didaftarkan/didokumenkan sebagai bukti pemilikan.
Layak menuntut jika melakukan perbelanjaan yang layak dan menggunakan aset tersebut dalam perniagaan.
Pemilik Benefisial
Orang yang melakukakan perbelanjaan layak
Bayaran dibuktikan dalam akaun perniagaan dan dokumen sokongan. Pemilik benefisial yang menggunakan aset berkenaan dlam perniagaan layak tuntut elaun modal.
Pelupusan Aset
Maksud pelupusan aset ialah:
dijual
dibuang
dimusnahkan;atau
tidak lagi digunakan
bagi tujuan perniagaan- per 61
Nilai pelupusan adalah harga yang boleh diperoleh jika jualan dilakukan antara 2 orang yang menjalankan urus niaga secara bebas-ss. 2(1).
Kaedah mengira nilai pelupusan adalah tertakluk kepada pelbagai situasi dan keadaan kegunaan.
Pengendalian Elaun Modal Bagi Kes Tertentu
Bagi kes tertentu seperti berikut, pengendalian elaun modal perlu diteliti mengikut kes.