Individu dengan pendapatan perniagaan

Individu yang menjalankan perniagaan iaitu pemilik milikan tunggal dan ahli kongsi Perkongsian dan sesiapa sahaja yang mendapat pendapatan hasil perniagaan atau perkhidmatan.

Milikan Tunggal

Perkara yang perlu dilakukan berkaitan cukai oleh pemilik milikan tunggal.

  1. Pendaftaran Fail Cukai Individu yang menjalankan perniagaan [No. Fail “OG” ].
  2. Pendaftaran Fail Cukai Majikan [ No. Fail “E, Borang E].
  3. Pengurusan Potongan Cukai Berjadual (PCB) bagi pekerja yang layak setiap bulan.
  4. Penyediaan Borang EA pekerja (Tahunan) >> Februari setiap tahun.
  5. Penyediaan Borang E (Tahunan).
  6. Penghantaran Borang E (Tahunan) >> 31 Mac setiap tahun.
  7. Penyediaan Akaun Pengurusan Perniagaan, Penyata Untung Rugi, dan Kunci kira-kira.
  8. Pengiraan dan pembayaran ZAKAT, jika layak.
  9. Pengiraan Cukai Pendapatan Individu yang menjalankan Perniagaan iaitu sama dengan Cukai Pendapatan Pemilik Perniagaan tersebut.
  10. Penghantaran Borang B dan pembayaran cukai (No Fail Cukai :“OG”) berdasarkan pengiraan cukai >> sebelum 30 Jun setiap tahun.
  11. Menyelia bayaran ansuran anggaran cukai (CP500) bagi Borang B.

Perkongsian

Perkara yang perlu dilakukan berkaitan cukai oleh pemilik perkongsian.

  1. Pendaftaran Fail Cukai Perkongsian [No Fail “D”].
  2. Pendaftaran Fail Cukai Individu Berniaga setiap pekongsi [No  Fail “OG” ].
  3. Pendaftaran Fail Cukai Majikan  [ No Fail “E, Borang E].
  4. Pengurusan Potongan Cukai Berjadual (PCB) bagi pekerja yang layak setiap bulan.
  5. Penyediaan Borang EA pekerja (Tahunan)      >> Februari setiap tahun
  6. Penyediaan Borang E (Tahunan).
  7. Penghantaran Borang E (Tahunan) .    >> 31 Mac setiap tahun.
  8. Penyediaan Akaun Pengurusan Perniagaan Perkongsian, Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira.
  9. Pengiraan dan pembayaran ZAKAT.
  10. Pengiraan Cukai Pendapatan daripada Perniagaan Perkongsian dan setiap pekongsi.
  11. Penghantaran Borang P – Perniagaan Perkongsian  >> sebelum 30 Jun setiap tahun.
  12. Penghantaran Borang B dan pembayaran cukai (No Fail Cukai : “OG”)  setiap pekongsi  >> sebelum 30 Jun setiap tahun.
  13. Menyelia bayaran ansuran anggaran cukai (CP500) bagi Borang B.