Syarikat

Apa yang perlu dilakukan oleh sesebuah syarikat berkaitan cukai.

  1. Pendaftaran Fail Cukai Syarikat [No Fail “C”].
  2. Pendaftaran Fail Cukai Individu bagi setiap Pengarah [No. Fail “SG”/”OG” ]. (jika belum ada)
  3. Pendaftaran Fail Cukai Majikan  [No Fail “E, Borang E].
  4. Pengurusan Potongan Cukai Berjadual (PCB) bagi pekerja termasuk pengarah yang bergaji yang layak setiap bulan.
  5. Penyediaan Borang EA pekerja (Tahunan)   >> Februari setiap tahun.
  6. Penyediaan Borang E (Tahunan).
  7. Penghantaran Borang E (Tahunan)      >> 31 Mac setiap tahun.
  8. Penyediaan Akaun Pengurusan Syarikat.
  9. Penyediaan Akaun Beraudit Syarikat.
  10. Pengiraan dan pembayaran ZAKAT.
  11. Pengiraan Cukai Pendapatan Syarikat .
  12. Penghantaran Borang C  dan pembayaran cukai>> dalam masa 7 bulan selepas tarikh kewangan berakhir.
  13. Syarikat yang telah beroperasi (sedia ada) hendaklah mengemukakan anggaran cukai (CP204) tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Apa yang perlu dilakukan oleh sesebuah PLT berkaitan cukai.

  1. Pendaftaran Fail Cukai PLT [No Fail “PT”]
  2. Pendaftaran Fail Cukai Individu bagi setiap Pekongsi [No. Fail “SG”/”OG” ]. (jika belum ada)
  3. Pendaftaran Fail Cukai Majikan  [No Fail “E, Borang E]
  4. Pengurusan Potongan Cukai Berjadual (PCB) bagi pekerja termasuk pengarah yang bergaji yang layak setiap bulan.
  5. Penyediaan Borang EA pekerja (Tahunan)      >> Februari setiap tahun.
  6. Penyediaan Borang E (Tahunan).
  7. Penghantaran Borang E (Tahunan).  >> 31 Mac setiap tahun.
  8. Penyediaan Akaun Pengurusan PLT.
  9. Pengiraan dan pembayaran ZAKAT.
  10. Pengiraan Cukai Pendapatan PLT.
  11. Penghantaran Borang PT  >> dalam masa 7 bulan selepas tarikh kewangan berakhir.
  12. PLT yang telah beroperasi (sedia ada) hendaklah mengemukakan anggaran cukai (CP204) tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.
Copyright © 2022 Jom Jimat Cukai | Powered by Akal Klasik Resources