BELI BARU ATAU TERPAKAI

Artikel ini telah ditulis dan disiarkan dalam majalah Sosial Bispoint pada 14 Mei 2019.

SECARA amnya, setiap pembelian kenderaan tergolong dalam Perbelanjaan Yang Layak (PYL) untuk menuntut Elaun Modal. Elaun Modal dikira pada akhir tahun asas percukaian dan ia dapat membantu mengurangkan cukai mengikut kadar peratusan tahunan yang telah ditetapkan (20% setahun).

Kenderaan bagi perniagaan terbahagi kepada dua kategori. Yang pertama ialah kenderaan komersial iaitu berlesen dengan permit bagi mengangkat barang-barang dan penumpang, contohnya van, lori, bas dan trak. Kedua, kenderaan bukan komersial yang tidak digunakan untuk tujuan komersial contohnya kereta penumpang biasa.

PYL untuk sebuah kenderaan yang tidak dilesenkan untuk pengangkutan perdagangan barangan atau penumpang secara komersial dihadkan kepada RM100,000 dengan syarat:

  1. kenderaan adalah baharu; dan
  2. jumlah kos kenderaan tidak melebihi RM150,000.

Sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipenuhi, PYL adalah terhad kepada RM50,000 sahaja.

Maksudnya di sini, sekiranya perniagaan membeli sebuah kereta penumpang dengan kos RM170,000, nilai PYL yang layak hanyalah setakat RM50,000 sahaja. Seandainya membeli lori terpakai yang berharga RM80,000, nilai yang layak juga adalah setakat RM50,000.

Ada caranya mengurangkan cukai. Pilihan di tangan anda! 🙂

Kongsikan artikel ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Copyright © 2022 Jom Jimat Cukai
Powered by Akal Klasik Resources