![](https://jomjimatcukai.com/wp-content/uploads/2022/12/cropped-JJC-LOGO.png)
Menu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Siap juga website Jom Jimat Cukai ini. Sebenarnya sudah lama bercita-cita untuk mempunyai laman web sebegini.
Sudah beberapa kali juga website ini dibuat padam.. dibuat padam… akhirnya siap juga.
Saya harap saya dapat berkongsi dengan para usahawan kecil dan sederhana perkara-perkara mengenai cukai dan akan cuba membawakan isu-isu yang terkini. Ini juga suatu cabaran buat saya untuk mengemaskini laman ini secara konsisten. 🙂
Oh ya, selain daripada info dan maklumat tentang cukai, di sini juga ada Kalkulator Cukai. Saya mereka
kalkulator cukai ini untuk memudahkan para usahawan khususnya usahawan milikan tunggal untuk menganggarkan cukai mereka. Kalkulator Cukai ini pernah saya gunakan semasa saya dijemput untuk memberikan ceramah tentang kesedaran cukai pada awal tahun 2020 untuk peserta yang berjumlah lebih 200 orang di dalam dewan yang besar.
Okay boleh saja.
Tapi… penganjur mahu peserta mengira cukai perniagaan! Bukan setakat kejutkan dari lena.
Masa: 20-30 minit. Oopppss…
Tiada asas cukai, mahu terus mengira. Hmmmm….. saya sediakan template excel.
Penganjur kata… too complicated!
Well…. tax IS complicated. Tak mengapa. Saya mudahkan lagi template tersebut.
Masih lagi complicated. Our audience are micros, they don’t want to pening-pening. Kalau boleh kita nak ada Apps, senang mereka tekan-tekan, keluar.
Mak aiii… Tersedak saya. Ya lah.. apps! Berapa pula bajet nak buat tu? 🙂 Masa pula suntuk.
Tax apps/software bukan tidak ada. Ada… tetapi sifat pengiraan cukai itu tidak semestinya straight forward. Cara pengiraannya adalah seperti yang digariskan di dalam Akta. Jenis pendapatan sahaja sudah banyak. Banyak syarat, banyak cabang. Penggunaan software adalah untuk yang sudah ada asas tentang cukai.
Lagi pula, saya bukan IT expert. Nak buat apps?
Namun begitu, untuk memenuhi permintaan penganjur pada ketika itu, saya berusaha juga mencari akal bagaimana nak mencapai maksud “siap mengira cukai” itu. Saya keluarkanlah sedikit kos dan peluh (ya peluh berfikir) untuk membina laman web (ketika itu saya menggunakan domain lain) bagi menyampaikan maksud tersebut. Maka terciptalah Kalkulator Cukai ini.
Saya ditanya. Berapa you upah orang buat kalkulator ni?
Tak upah. Saya DIY.
Kalkulator ini bukanlah komprehensif. Ada beberapa anggapan-anggapan (assumptions) dibuat dalam pengiraan. Walaupun begitu ia cukup untuk usahawan mendapat gambaran apa, bagaimana dan berapa nak kena bayar cukai dengan jenis pendapatan dan perbelanjaan yang biasa-biasa. Alhamdulillah, peserta-peserta program tersebut boleh menggunakannya. Saya juga menggunakannya bagi tujuan diskusi awal dengan klien.
Pada ketika saya menulis ini, Belanjawan Negara
2022 belum dibentangkan lagi. Kerajaan Perpaduan baru hendak dibentuk setelah tamatnya PRU15. Oleh kerana itu, kalkulator saya belum ada yang terkini (setakat tahun taksiran 2021 sahaja).
Saya akan kemaskini setelah belanjawan 2022 diluluskan. Kita kena tunggu apa yang dikurangkan, ditambah atau ditukar untuk tahun 2022. Selalunya, tiada perubahan yang besar sangat yang melibatkan pengiraan. Insha Allah.
Okay, nanti kita jumpa lagi. Jangan lupa cuba Kalkulator Cukai JJC.
Terima kasih.