Duit untung, buat beli gelang emas

Saya pernah ditanya oleh salah seorang peserta kursus semasa tea break.

“Coach, tadi coach kata dari pendapatan tu kita boleh tolak belanja kan?”

“Ya, betul”

“Betul tak saya buat ni coach, biasanya saya dah kira sales saya bulan tu, lepas tu saya tolak-tolak gaji sewa semua, kemudian ada lebih duit saya pergi beli emas. Boleh tak coach? Jadi, yang saya nak kena cukai kuranglah kan?”

Secara spontan saya terus melihat tangan beliau.

Wow!

Tebal! 🙂

Rasa nak sorok saja gelang saya yang sama tebal dengan getah tempeh ni.
“Oh, kalau belanja macam tu, bukan namanya belanja operasi. Yang boleh tolak belanja operasi saja.”

“Oh macam tu… “

“Ya, emas tu aset peribadi puan, bukan belanja operasi”

“Tapi, saya beli emas ni, kemudian bila saya tak cukup modal, saya gadai buat tambah modal niaga.”

“Okay, kalau macam tu, gelang itu juga bukan perbelanjaan. Ia kita panggil pelaburan. Belanja dalam pengiraan cukai ialah belanja semata-mata untuk operasi perniagaan, untuk peribadi tidak dikira. Belanja operasi ni macam belanja hangus. Puan beli emas, emas tak hangus.”

“Oh.. rugilah saya beli tak boleh tolak cukai.”

” Tak rugi puan… kalau puan tak suka boleh bagi saya” 🙂

Beliau ada banyak lagi hendak bercerita pasal emasnya, tapi terbatas kerana waktu tea break dah tamat.

p/s: saya pula kurang gemar gelang tebal-tebal. Susah nak bawak bertukang. 🙂

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram