LHDN EJEN MODAL SOSIAL

Artikel ini ditulis  dan telah disiarkan dalam Majalah Sosial Bispoint pada 16 Mac 2019.

LHDN adalah pentadbir cukai yang melaksanakan sistem percukaian yang berkesan, adil dan saksama untuk bersama membangun negara. Mengutip hasil untuk dibelanjakan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, hospital dan lain-lain.

Bolehkah perniagaan anda menyediakan semua ini secara bersendirian dengan hanya sumber kewangan yang perniagaan anda ada?

Bagi usahawan yang mempunyai hala tuju dan bermatlamat untuk maju dan terus maju, laporan kewangan adalah penting untuk mengukur prestasi dan kedudukan perniagaan dari masa ke semasa. Bagi milikan tunggal atau perkongsian laporan kewangan ini tidak wajib diaudit. Kewujudan perniagaan boleh ditentukan jelas dan sahih di dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Namun begitu, bagi milikan tunggal kedudukan kewangan tidak diketahui umum atau tiada pihak ketiga (contohnya: juruaudit) yang wajib menentu sahkan laporan kewangan.

Pendedahan dan laporan pendapatan kepada LHDN, membantu perniagaan secara tidak langsung mendapatkan ‘penentuan dan perakuan’ tentang rekod kedudukan perniagaan anda. Pelaporan pendapatan kepada LHDN dapat mewujudkan kebolehpercayaan dalam jaringan perniagaan modal sosial dan mencipta nilai kepada perniagaan dan menyumbang semula kepada masyarakat.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram