Menu
Perakaunan dan percukaian adalah 2 bidang yang berbeza. Di dalam perakaunan, perniagaan mengira untung. Dalam pengiraan cukai, perniagaan mengira apa pendapatan yang dikenakan cukai dan apa perbelanjaan yang dibenarkan untuk mengurangkan cukai.
Dalam perakaunan kita mencari untung bersih. Dalam percukaian kita mencari pendapatan bercukai. Pendapatan bercukai ini akan didarabkan dengan kadar cukai untuk mendapatkan jumlah cukai yang kena dibayar.
Untung bersih bukan pendapatan bercukai.
Jadi, apa itu pendapatan bercukai?
Mari tengok gambar di bawah ini.
Jauh kan nak sampai ke pendapatan bercukai tu? 🙂
Cuba tengok apa yang kita kena tulis dalam Borang Pengisytiharan Cukai- Borang B ini. Borang B ialah borang yang digunakan bagi mengisytiharkan cukai bagi indvidu yang menjalankan perniagaan, seperti pemilik milikan tunggal, rakan kongsi perkongsian, freelancer, usahawan gig dan individu yang berpendapatan selain penggajian.
Dalam Borang B, muka hadapan kita kena isi pendapatan berkanun. Pendapatan berkanun juga bukan untung bersih.
Pening tak? 🙂
Tak apa perlahan-perlahan.
Mari sini cuba kalkulator pengiraan cukai bagi individu yang berpendapatan perniagaan. Anda boleh dapat gambaran bagaimana pengiraan cukai itu berbeza daripada untung bersih. Sebelum anda cuba mengira cukai, anda perlu mempastikan pelepasan individu terlebih dahulu. Boleh kira di kalkulator pelepasan individu.
Selamat mencuba! 🙂